Saturday, January 15, 2011

HOII SENAK ,SESAK.

aduh....

(terdiam mengadap skrin depan aku)

(menarik nafas yang tersekat sekat)

senak betul kepala aku sepanjang minggu lalu
haishhh...
letih....

lewat kebelakangan ni...keje aku tak pernah kurang...menimbun lepas satu satu
belum lagi dengan kerenah...rakan sekerja.
aduh
SENAK SESAK
susah betul nak bernafas

orang yang tak pernah amik pusing pasal dunia keje aku mungkin akan kata
"ala keje senang jer,pejam mata pun bole buat..nak buat pe pening2 kepala"
kepala otak korang lah!! itu aku akan jawab
ingat apa...?? nak makan pun susah kena suap,kunyah baru telan

(tarik nafas lagi)

aku benci betul dengan orang yang tak paham bahasa...aku tahu lah itu keje aku
kena pulak jenis yang tak menyempat...asyik2 datang tempat aku tanya dah siap ke belum...
eh bodoh..aku buat design untuk rumah,manusia yang akan duduk dalam rumah tuh...bukan nye semut,kucing
kalau salah design
mau aku juga yang kena
bukan nya engaku
jangan nak sibuk keja aku
buat saja keja kau yang kononnya memang nyer forte kau
dan jangan nak kacau forte aku
pantang betul aku.

(diam)
(abis kertas depan aku ni diconteng dek tangan aku)

(ishhh geram)

entah kenapa aku makin benci dengan dia
berlagak seperti "mr know everything"
rasa mahu saja aku suruh dia buat keje aku...
mahu mengelupur nanti
baru kau tahu bukan senang jadi interior designer

cerita tentang dia sampai mati pun tak akan abis..
buat letih tangan aku jer menaip

(diam)

awal minggu yang sudah masuk seorang intern ni kat tempat aku keje.
aku ok jer lah ,yang penting jangan kacau hidup aku dah lah...sebab melambak keje aku nak siap kan.
mati2 aku ingat....aku boleh buat keje dengan aman..rupanya
si "mr know everything" boleh pulak memandai suruh aku supervise kan si intern ni,dengan senang nyer dia tanya
"owh,aida can u just supervise si intern tuh "
aduhh...
haihhhh...
yang ada pun...aku dah rasa huru hara.
mana nak handle keje aku mana nak supervise si intern lagi
aku pun apa lagi balas balik lah "why not u ?or our sr.i.d ala si ikan emas?"
boleh pulak dia kata "si ikan emas not base here so tak boleh supervise that intern
plus i dah sedia busy...so u are the only one can supervise si intern.lagipun u tak banyak keje sangat kan"
babi!!engkau tak nampak ker keje aku melambak
aku terus tenung dia.....sambil ketap bibir aku
dengan ringkas aku cakap
"ok fine,nothing else rite?i've got works to do"
terus aku keluar dari bilik dia dengan menahan marah aku
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
macam haram jadah
saja nak kenakan aku
senang benar ko cakap kan..
sedangkan keje kau pun.kadang2 aku yang tolong buat...
aku ni dah habis multitaks.
agaknya kalau boleh belah badan aku ni entah apa lagi yang dia suruh aku buat

esok nya terus aku jumpa "si intern" tu
bagitahu apa yang dia perlu buat
cara kerja segala jadah nya lah.
"si intern" ni nampak macam ok jer mulanya aku tanya itu ini pasal
dia pun cakap semua boleh buat,bagi aku kalau boleh buat..dah cukup baik lah tu
so aku biarkan dia je..aku suruh kawan2 office bagi kerja dekat dia
tapi tak alih2 lepas tu office mate aku cakap dia dah bagi job kat "si intern" ni tapi tak buat2 lagi
aku pun apa lagi terus suruh kawan aku pergi tanya "si intern" apsal tak siap2 lagi?
boleh dengan selamba badak jawab
"ala kak susah lah nak buat"amboi!! senang betul kau jawab...
aritu bukan main lagi...cakap dengan aku tung tang..tung tang "saya pun bole buat perspective...i good at freehand sketch...i bole buat goolge sketchup 3d."
tertiba...semua tak boleh apa cerita ni??
rupanya engkau ni macam tin kosong
huh

(menyirap aku)

aku tak tahan terus aku suruh dia buat perspective bagi aku 1 view
dengan alasan sebab aku kena review dia,dekat lecturer dia
tak lama lepas tu,dia datang bawak perspective yang aku suruh dia buat
sekali aku tengok
ya ampun
terdiam aku
bukan aku terlalu kagum
tapi rasa nak termuntah dekat depan dia jugak
dalam hati nak saja aku ketawa semahunya

(hahaha aku terbayang lagi perspective dia)

mengeletek ketawa aku dalam hati ini
tapi aku tahan je sabar
aku tarik nafas sedalam nya
aku ambil drawing dia,aku komen cakap baik2
dan aku ajar dia...teringat aku masa di kolej dulu drawing macam dia mau dah ke dalam tong sampah tak pun drawing dikoyak senior depan mata juga
pernah batch aku menangis gara2 drawing ditegur.
tak cukup itu akan ada bulatan2 merah diconteng atas drawing.
aku bersyukur aku belajar atas kesalahan batch2 aku....dan aku bersyukur aku dikurnia kan allah kebolehan melukis
tapi aku tak sampai hati.masih lagi aku ajar dia,bagi nasihat elok2
lepas itu aku suruh dia buat research,baca buku


tapi yang aku tak tahan ,semua office mate aku tersipu sipu tahan ketawa
siap yang seorang tuh cakap dengan aku "eh kak bantal dalam perspective tu sama macam batu seramban yang kita nampak masa makan dekat restaurant teratak bonda kan "
aku pun apa lagi terus pecah ketawa yang aku tahan dari tadi dekat situ juga.
cerita tu tak habis dekat situ tup2 kawan aku yang seorang ni panggil aku "ko tengok ni adik ko upload drawing dalam fb,wei buat malu jer dah ler drawing macam budak tadika"
aku memang tak boleh nak kata apa,ketawa aku tak putus

(wakakakakaka)

(terbayang lagi)

(memang melekat image tu dalam kepala aku)

tapi ligat dalam kepala aku ketika ini
berfikir
untuk isnin ini
aku harus jujur dengan dia "si intern"
aku kena jadi seperti senior2 aku dulu
aku kena jadi seperti lecturer2 aku dulu
kalau tak kerana mereka
belum tentu aku jadi seperti sekarang
belum tentu aku ada disini

sebab

aku mahu dia jadi yang terbaik untuk diri dia
itu lebih dari segalanya

No comments:

Post a Comment